0

MUKJIZAT AL-QURAN

Posted by firdaus on 4:30:00 PM


Terapi Mental dalam AL-QURAN & SUNNAH

“Kaya bukanlah kerana banyaknya harta tetapi kaya adalah kaya hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Allah swt berfirman, “Dan kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (al-Isra': 82).

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi manusia dan penyeru kepada ketauhidan kepadanya. Juga untuk mengarahkan manusia agar berperilaku baik, kerana perilaku yang baik diperlukan bagi kepentingan manusia itu sendiri dan masyarakatnya. Al-Quran menunjukkan manusia jalan yang benar dengan pendidikan kejiwaan ke arah menjadi manusia yang sempurna.

“Sesungguhnya al-Quran memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Yunus: 57).

“Katakanlah, al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman.” (Fussilat: 44)

“Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini”. (al-Jaatsiyah: 20)

Sesungguhnya al-Quran sangat berpengaruh dalam kejiwaan kaum Muslimin. Al-Quran mampu membentuk manusia menjadi individu yang memiliki prinsip dan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia. Al-Quran memberikan kaum Muslimin kekuatan jiwa yang besar yang sangat berpengaruh ke dalam dirinya dengan membangkitkan emosi serta menggetarkan segala perasaan yang dimilikinya.

Sesungguhnya sebaik-baik terapi mental adalah dengan membaca al-Quran. Dengan membaca al-Quran mampu menghapus dosa dan melipatgandakan kebaikan serta memperkuat harapan yang dimiliki agar ia dapat masuk syurga. Membaca al-Quran juga dapat dijadikan terapi dalam mengahadapi kecemasan, depresi, keresahan dan kemurungan yang timbul daripada perasaan bersalah dan berdosa.

“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan menjadi syafaat bagi yang membacanya pada hari kiamat kelak.” (Riwayat Muslim daripada Abu Umamah).

Di dalam al-Quran terdapat banyak hikmah dan nasihat, baik dengan konsep pahala, hukuman mahupun kisah yang semuanya ini dapat menjadi pelajaran ke arah pembaikan hati.

Sesungguhnya al-Quran adalah penawar segala penyakit yang mengarah kepada keinginan yang merosak. Al-Quran bukan sekadar menawarkan terapi untuk kejiwaan dan akal sahaja, ia juga menawarkan penyembuhan bagi penyakit tubuh.




|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.