0
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Posted by firdaus
on
11:29:00 AM
KEPENTINGAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti,
serta peka terhadap segala perubahan
yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu
disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai
pengurusan yang cemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus ialah
mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif
kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih
spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak dalam
pengurusan masa.
Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai,
meletakkan keutamaan dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas,
kemahiran berfikir, kemahiran berintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran
mengurus dan mentadbir, dan kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini
seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping
memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di
atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping
memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik
kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam
perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi,
mursyid, dan dalam masa yang sama
sebagai fasilitator, pembimbing
dan kaunselor yang
sentiasa komited dengan
kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan
tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan
tekun’. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada
kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah
harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
memberansangkan serta mencapai objektif.
Post a Comment