0

KHITAN..

Posted by firdaus on 9:18:00 AM
WANITA berkhatan?

Para ulama berselisih pendapat tentang hukum khitan, disebabkan tidak adanya dalil syar'i secara jelas dan pasti. Meskipun demikian, pendapat para ulama tentang khitan dengan pelbagai macam hujahnya, secara keseluruhannya dapat diklasifikasikan dalam tiga bahagian:

  1. WAJIB, baik bagi lelaki mahupun perempuan. Imam Syafi'i termasuk di antara ulama yang berpendapat seperti ini. Pendapat ini juga diriwayatkan dari Atha'. Bahkan menurutnya, kalau seorang dewasa masuk Islam, belumlah sempurna keislamannya sebelum dia berkhitan.

Pernyataan ini berdasarkan pada firman Allah SWT:
“Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif.” (an-Nahl: 123)

Nabi SAW telah menjelaskan bahawa Nabi Ibrahim a.s itu berkhitan:

“Ibrahim itu berkhitan sudah berumur lapan puluh tahun dengan menggunakan kapak”

Selain dasar tersebut, mereka juga menggunakan dasar-dasar hadith dha'if yang lainnya. Untuk lebih jelas lagi, silalah mentelaah kembali kitan-kitab fiqih.

Perselisihan pendapat itu akan hilang manakala dikembalikan kepada dalil bahawa perbuatan Nabi Ibrahim a.s itu tidaklah menunjukkan wajib. Barangkali dia melakukannya hanya sebagai tradisi saja.

Lain halnya dengan para ulama yang mewajibkan khitan. Mereka mengatakan bahawa khitan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s menunjukkan perintah wajib dari Allah SWT, bukan hanya sekadar tradisi belaka.

  1. Bahawa khitan itu wajib bagi lelaki dan sunnah bagi wanita. Di antara ulama yang berpendapat demikian itu adalah Imam Ahmad bin Hambal.

Mereka yang berpendapat bahawa khitan itu adalah sunnah bagi wanita berdalil dengan hadith Syadad bin Aus: Diriwayatkan dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda:

“Khitan itu sunnah bagi lelaki dan penghormatan bagi wanita.”

  1. Khitan itu sunnah, baik bagi lelaki mahupun perempuan. Imam Malik dan majoriti ulama lainnya berpendapat seperti ini. Sebahagian ulama Syafi'iyah dan Abu Hanifah juga menukil pendapat ini.

Merreka berhujah berdasarkan hadith Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Kesucian itu ada lima: Khitan, memotong bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan memotong misai”

Pendapat yang paling terkenal dalam masalah khitan ini adalah apa yang dikatan oleh asy-Syaukani:


“Yang benar adalah bahawa tidak terdapat dalil yang sahih yang menunjukkan wajib khitan. Yang diyakini hanyalah sunnah, seperti yang terdapat dalam hadith “lima kesucian..” dan hadith-hadith lainnya. Jadi kita berpegang saja pada dasar yang meyakinkan itu sampai ada dasar yang mengharuskan kita berpindah daripadanya”

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.