0
Posted by firdaus
on
10:25:00 AM
Pemberi lebih
gembira daripada penerima
“Mana lebih
gembira, memberi hadiah atau menerima hadiah?” tanya saya kepada para peserta.
Hampir seluruh
mengaku menerima hadiah lebih mengembirakan.
“Saya akan
bercerita, dengarkan. Apabila saya habis bercerita saya pasti jawapan anda akan
berubah. Insya-Allah!”
Saya menceritakan
tentang seorang anak kecil berkali-kali berpesan kepada ibunya, agar pulang
membawa hadiah yang diingini, iaitu sebuah anak patung yang besar.
“Katakanlah, anda
adalah ibu atau bapa anak kecil itu. Anda telah meninggalkan anak itu dua hari.
Lusa anda akan kembali ke rumah. Namun sebelum pulang anda bertekad hendak
membawa pulang anak patung yang anak anda inginkan. Setelah puas mencari,
akhirnya anda menemuinya. Anda membeli dan terus membawanya pulang. Bayangkan anak
anda telah menunggu di hadapan pintu, sambil bersorak ria melihat anak patung
di tangan anda. Baiklah, sekarang para ibu dan bapa tolong jawab, siapa agaknya
lebih gembira, ibu yang memberi hadiah atau si anak yang menerima hadiah?”
Kali ini jawapan
berubah. Semua akur yang hati si ibu lebih gembira berbanding si anak.
Mengapa? Mengapa
si ibu yang gembira sedangkan dia yang memberi?
“Jawapannya
kerana si ibu memberi dengan rasa kasih sayang. Jadi, pengajarannya ialah untuk rasa gembira apabila
memberi, memberilah dengan kasih sayang.”
“Sayangnya sering
kita tidak gembira bila memberi. Mengapa?”
“Memberi itu
mengurangkan,” jawab seorang peserta.
“Orang yang
menerima tak pandai berterima kasih,” tambah seorang lain.
“Tak ada apa yang
nak diberi!” sampuk yang lain.
“Tak adil, kita
susah-susah mencari, dia pula senang-senang mendapat.”
“Memberi tidak
akan mengurangkan. Bahkan hukama berkata, harta yang menjadi milik kita yang
hakiki ialah harta yang diberi ke jalan Allah. Yang lain, kita hanya tukang
simpan, bila mati harta itu kita tinggalkan, diwariskan.”
“Pernah lihat
anak-anak pokok sayur di batas? Untuk tumbuh menjadi sayur yang subur, mesti
sebahagian daripadanya dicabut, dibuang, untuk memberi ruang pada sebahagian
yang lain tumbuh subur. Jika semua dibiarkan tumbuh, pertumbuhan semuanya akan
terbantut. Begitulah rezeki, perlu diberi dalam bentuk zakat dan hibah, akan
subur dan bersih!” tambah saya lagi.
“Kalau tak punya
apa-apa, apa yang nak diberi?” tanya seorang.
“Jangan sempitkan
pengertian rezeki, nanti rezeki kita sempit. Jika kita hadkan rezeki hanya pada
harta, bila taka da harta maka tidak adalah yang hendak diberi. Memberi bukan hanya dengan harta,
tapi dengan tenaga, pertolongan, senyuman, doa, ilmu, sangka baik, kemaafan.
Siapa kata kita tak ada untuk memberi?”
“Kita dapat semua
yang kita miliki adakah dengan kudrat kita atau kudrat yang dipinjamkan oleh
Allah? Mata, tangan, kaki, tenaga, kesihatan, yang kita gunakan untuk mencari,
hakikatnya daripada Allah. Sebenarnya, tanpa disedari kita adalah saluran Allah
untuk memberi rezeki kepada hamba-hambanya yang lain. Bersalah sungguh jika
kita tidak memberi kerana kita seolah-olah menyekat rezeki yang Allah hendak
berikan kepada orang lain.”
“Kenapa sukar
untuk gembira bila memberi?”
“Sekali lagi,
kita memberi tanpa kasih sayang.”
“Kenapa tidak ada
kasih sayang?”
“Kasih sayang adalah buah iman.
Iman dan kasih sayang lazim berlaziman. Siapa yang kukuh imannya, maka teguh
jugalah kasih sayangnya.”
“Maknanya?”
“Memberi kerana
Allah minta kita memberi. Kita memberi keranya bukan harapkan balasan manusia. Jika kita memberi kerana manusia,
kita akan sakit jiwa.”
“Kenapa?”
“Kajian
menunjukkan majority manusia tidak pandai berterima kasih. Jadi jika kita
mengharapkan terima kasih kita akan kecewa?”
“Adilkah selepas
memberi kita dilupakan?”
Saya senyum. Gembira
melayan pertanyaan peserta yang bertubi-tubi.
“Baiklah, adilkah
setelah sekian banyak nikmat yang diberikan oleh Allah, majority manusia tidak
bersyukur kepadanya? Allah
sendiri menegaskan, bahawa sedikit sekali daripda hambanya yang bersyukur.”
“Dunia memang
tidak adil.”
“Tidak, manusia
yang tidak adil. Manusia zalim. Kalu kita yang kerdil ini tergamak tidak memberi
hanya kerana orang lain tidak pandai berterima kasih, cuba bayangkan allah,
yang maha besar, yang masih sudi memberi walaupun hambanya tidak bersyukur. Siapa
kata?”
“Memberilah,
kerana sesiapa yang tidak memberi ertinya tidak memberi kepada dirinya sendiri!”
# Inspirasi dr Ustaz Pahrol Mohd Juoi.. Fatehah untuk beliau... moga2 Allah berikan kekuatan untuk berdakwah.. Amin!!
Post a Comment