0
Posted by firdaus on 12:38:00 PM

BELAJAR STRATEGI NABI SAW




Adalah wajar umat Islam meniru dan belajar strategi Rasulullah SAW dalam perjuangan baginda menegakkan  Islam. Di tahap pertama perjuangannya (di Makkah) baginda terlebih dahulu membina kekuatan iman dan takwa di dalam diri pengikutnya. Di peringkat ini fokus baginda hanyalah pada pembinaan kekuatan dalaman. ketika ini walaupun ada serangan dalam bentuk fizikal hingga ke peringkat membunuh, Rasulullah tidak melawan walaupun ada sahabatnya yang terkorban. tidak tahan dengan penyeksaan, baginda mengarahkan beberapa orang sahabtnya hijrah ke habsyah dan kemudiannya baginda sendiri berhijrah ke Madinah.

Pada peringkat awal di kota Madinah, baginda memperkukuhkan tali persaudaraan dan kekuatan perpaduan  dengan pembinaan masjid dan membina suasana aman dengan memeterai Piagam Madinah. Kekuatan ekonomi mula dibina dan sistem hidup yang memerlukan pelbagai kepakaran mula diterokai.

Apabila kekuatan Islam mula terserlah dan musuh terus mencabar, barulah Rasulullah mengangkat senjata dan berlakulah beberpa siri peperangan. Mula-mula Badar, kemudian Uhud dan akhirnya Khandak. keberanian dan kepakaran dalam bidang ketenteraan tidak mengganggu kecintaan Rasulullah saw kepada perdamaian. Lalu berlakulah Perjanjian Hudaibiyah. Rasulullah saw berani berperang dan berani berdamai dan dalam kedua-dua keadaan tersulan satu kebijaksanaan, kejujuran dan kekuatan yang tidak dapat ditandingi. Dan akhirnya, dengan hati yang bertakwa, pemikiran yang berstrategi dan persediaan fizikal yang mantap, Makkah berjaya dibebaskan dan Islam tersebar di seluruh Jaziratul Arab.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw bahawa:

"Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan..."

Umat Islam bukan umat kambing gurun bertanduk "panjang" - menempah tragedi dengan kelemahan dan kebodohan. Umat Islam adalah umat yang meniru strategi Rasulullah yang penuh kebijaksanaan (fatanah) dan keberanian (saja'ah).

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.