0

KESYAHIDAN ANAS BIN NADHR .ra

Posted by firdaus on 4:21:00 PM

Anas bin Nadhr ra ialah seorang sahabat yang tidak dapat menyertai peperangan Badar. Beliau sedih tentang perkara itu dan mengutuk dirinya dengan berkata, “Badar ialah peperangan yang pertama dan agung dalam Islam sedangkan engkau tidak dapat menyertai peperangan itu.”

Beliau bercita-cita sekirannya ada peperangan lain maka beliau akan tunaikan tuntutan semangatnya. Secara kebetulan peperangan Uhud pun tiba maka beliau telah menyertai peperangan itu dengan penuh kepahlawanan dan keberanian. Dalam peperangan Uhud, orang islam telah menang pada permulaan perang itu. Tetapi, akibat satu kesilapan, orang Islam akhirnya kalah. Kesilapan tersebut berlaku begini. Rasulullah saw telah menetapkan beberapa orang di sebuah bukit yang tertentu dengan bersabda, “Selagi saya tidak beri arahan, kamu jangan tinggalkan bukit itu kerana musuh mungkin akan menyerang dari tempat itu.”

Orang-orang Islam telah menang pada mulanya. Kemudian apabila tentera-tentera yang berada di atas melihat orang kafir melarikan diri maka kebanyakan mereka telah turun dari bukit itu dengan menyangka bahawa peperangan sudah berakhir. Oleh sebab itu, mereka berlari-lari mengejar orang kafir  untuk mendapatkan harta rampasan. Ketua jemaah tersebut telah melarang dengan berkata, “Ini ialah larangan Rasulullah saw, kamu jangan tinggalkan tempat ini.”

Walau bagaimanapun, mereka menyangka bahawa perintah Rasulullah saw hanya semasa pertempuran sahaja. Oleh itu, mereka turun dari tempat tersebut dan menuju ke medan. Semasa melarikan diri, orang kafir ternampak yang bukit itu telah dibiarkan kosong lalu mereka pun datang dari arah tersebut dan membuat serangan. Pada ketika itu orang Islam berada dalam keadaan leka. Tanpa disedari, orang kafir telah melancarkan serangan mengejut dan ini menyebabkan orang Islam rasa tertekan. Tambahan pula, orang Islam berada di di tengah-tengah orang kafir yang menyerang dari kedua-dua arah. Oleh sebab itu, mereka lari tidak tentu hala.

Anas ra telah ternampak seorang sahabat, saat bin maaz ra datang dari arah hadapan. Beliau berkata, “wahai saad, ke mana engkau hendak pergi? Demi Allah, keharuman syurga sedang datang dari arah bukit Uhud.”

Setelah berkata demikian, beliau menyerbu ke arah kumpulan kafir dengan pedang yang masih terhunus di tangan. Selagi tidak syahid selagi itu beliau tidak akan pulang. Setelah gugur syahid, didapati badannya telah cedera parah. Terdapat lebih daripada lapan puluh liang luka pada badannya akibat terkena pedang dan anak panah. Saudara perempuan beliau sahaja yang dapat mengenalinya melalui hujung jari beliau.

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.