1
Posted by firdaus
on
3:11:00 PM
SUBAHANALLAH .. JOM TENGOK CICAK!!!
Manusia dapat belajar daripada cicak. Tetapi apa yang kita dapat pelajari bukan imaginasi "cicak man (huhu)" yang tidak berpijak di bumi nyata itu. Itu hanya kreativiti imaginasi manusia yang kadang-kadang tidak mengingatkan kita kepada Yang Maha Pencipta. segala sesuatu tidak Allah ciptakan sia-sia, melainkan ada pengajaran buat manusia.
Perhatikan cicak yang melekap di siling atau di dinding. Cicak memiliki kaki yang cukup unik.. dapat melekat, melompat dan mendakap dengan begitu kuat dan cekap. Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil, nyamuk dan seumpamanya.
Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di siling mampu "memburu" mangsanya yang boleh terbang. Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap supaya cicak juga mampu terbang bagi memburu mangsanya? barulah adil.
Tetapi Allah swt Maha Mengetahui. Sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap, Allah mengurniakannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapatkan rezekinya.
Seolah-olah cicak tidak "mengeluh" kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezeki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya. Ini yang manusia dapat pelajari daripada cicak.
Mungkin kita tidak mempunyai kelulusan yang tinggi seperti sesetengah kakitangan lain di syarikat tempat kita bekerja. tetapi kita masih boleh membina kredibiliti dengan rakan sekerja dan dengan pelanggan syarikat. Dan kita masih berpeluang meningkatkan nilai potensi diri dengan bekerja secara bijak, memanfaatkan masa bekerja secara optimum dan menambah ilmu serta kemahiran. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan.. tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!!