0

Solat Sunat Duha

Posted by firdaus on 11:38:00 AM
WAKTU DUHA
Waktu duha bermula dari setelah matahari tinggi sejengkal iaitu lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak iaitu tengah hari. Solat duha tidak boleh dilakukan sebelum atau selepas waktu tersebut. Oleh sebab itu, solat sunat duha ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu duha. Solat ini adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

JUMLAH RAKAAT
Paling sedikit 2 rakaat dan paling banyak ialah 12 rakaat mengikut pendapat yang paling sah.

FADILAT
Antara fadilat solat sunat Duha sebagaimana yang diinyatakan dalam solat sunat oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed:

1. JAMINAN REZEKI
Allah berfirman dalam surah al-Duha ayat 1-5 yang bermaksud: "Demi waktu duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi.Bahawa Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan ia tidak benci kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik. Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripda permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat sehingga engkau redha".

Waktu duha ialah waktu Allah mencurahkan kurniaannya. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang inginkan kurniaan tersebut, maka perlu berhubung dengan Tuhannya melalui solat sunat Duha.

Rasulullah juga bersabda dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: "Allah swt berfirman yang bermaksud, hai anak Adam, solatlah kepada ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang."

2. KEKUATAN JASMANI
Daripada Buraidah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah pada setiap satu daripada ruas tersebut. Para sahabat bertanya:"Siapakah yang berdaya melakukannya ya Rasulullah? Lalu Baginda bersabda: "Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat solat Duha memadai baginya:. (Riwayat Ahmad dan ABU Daud).

Insya allah orang yang melakukan solat sunat Duha tidak akan mengalami sakit ruas tulang seperti sakit kaki, sakit pinggang dan lain-lain.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw berpesan kepada ku dengan 3 perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa 3 hari setiap bulan, solat sunat Duha dan solat witir sebelum tidur".

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.