0
MUSIBAH membawa TUAH
Posted by firdaus
on
9:29:00 PM
Abu salamah dan Ummu Salamah ialah pasangan yang sangat bahagia. Kedua-duanya tremasuk sebagai orang terawal menerima risalah Nabi saw di makah ketika seluruh penduduk kota itu menolaknya.
Pahit getir kehidupan dalam menjaga akidah mereka lalui bersam-sama dengan tabah. Termasuk apabila pasangan ini hendak berhijrah ke madinah, mereka harus terpisah kerana orang Musyrik menghalang Abu Salamah untuk membawa isteri dan anaknya berhijrah. Setelah satu tahun kemudian, Allah menyatukan kembali dua insan yang saling mencintai ini di kota Madinah bersama Rasulullah saw.
Suatu hari Ummu Salamah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah seorang Muslim diterima musibah, lalu ia mengucapkan kata-kata yang Allah perintahkan (Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun) dan doa: "Ya Allah, berilah daku pahala atas musibah ini, dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik," sudah tentu Allah akan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik untuknya."
Tidak lama selepas itu, bertepatan dengan peristiwa perang Uhud, Abu Salamah pulang ke rumah sambil membawa luka-luka yang sangat parah. Lima bulan kemudian, beliau meninggal dunia kerana luka tersebut. Kejadian ini sungguh menyayat hati Ummu Salamah. Ia segera teringat akan ucapan Nabi saw, namun ia ragu-ragu untuk mengucapkan kata-kata yang diajarkan Rasulullah saw. Sebab ia terfikir, siapakah orang yang lebih baik daripada Abu Salamah? Beliau adalah suami yang begini dan begitu. Ia terus mengingati kelebihan-kelebihan bekas suaminya itu. Namun begitu, akhirnya Ummu Salamah tetap mengucapkan kata-kata itu juga.
Tidak lama setelah masa idahnya berlalu, Rasulullah saw datang meminang Ummu Salamah. Baginda adalah manusia terbaik yang pernah Allah ciptakan bagi mengantikan Abu Salamah sebagai janji Allah untuk orang yang bersabar dalam menghadapi musibah.
GERBANG KEJAYAAN
Kisah di atas dapat anda temui dalam kita al-Jana'iz dalam sahih Imam Muslim. Kisah yang sangat indah ini memberikan kuasa murni yang menyegarkan jiwa setiap orang yang sedang dirundung kesedihan kerana berpisah dengan orang yang dikasihi, kehilangan harta benda, ditimpa kemalangan dan lain-lain.
Kisah ini berisi pengajaran yang berharga, iaitu musibah, juga merupakan sebuah gerbang yang membawa kita menuju kejayaan. Andai Ummu Salamah tidak pernah melalui keperitan hati kerana kematian suaminya, beliau tentu akan menjadi isteri Rasulullah saw dan mendapat kemulian abadi sebagi "Ummu Mukminin".
Sebab itulah setiap Muslim dituntut bersikap sabar setiap kali menghadapi musibah. Lazimnya apa yang berlaku ada hikmah besar di sebalik musibah itu dan hanya sabar yang akan membawa kita kepadanya. Dengan erti kata lain, sabar memang pahit. Namun kepahitan ini seperti ubat yang akan membawa kesembuhan bagi tubuh yang sakit.
Dalam hadis riwayat Muslim, daripada Suhaib al-Rumi, Rasulullah saw bersabda: "Sungguh mengagumkan pada seseorang Mukmin, semua yang terjadi pada dirinya selalu membawa kebaikan. Kalau mendapat sesuatu kesenangan, ia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Dan Kalau ditimpa musibah, ia terus bersabar. Dan ini pun menjadi baik untuknya."
BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH
Jika kita bertafakur dengan lebih mendalam lagi, sebenarnya tidak ada musibah atau tuah. Yang ada hanyalah ketentuan Allah swt kita menyebutnya sebagai musibah atau tuah kerana mengukurnya dengan keinginan dan pengetahuan kita sangat sempit dan terhad. Namun, apabila kita cuba merenungi sifat-sifat kesempurnaan dan maha luas pemilikan Allah swt, apa yang kita sebut sebagai musibah hakikatnya ialah tuah.
Seseorang yang meyakini bahawa Allah swt ialah Tuhan yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan memiliki sifat-sifat kesempurnaan lainnya, maka setiap ketentuan Allah akan diterima dengan baik sangka. Ia mempercayai sepenuh hati firman Allah swt bermaksud: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (al-Baqarah :216).
Senario baik sangka kepada Allah saya dapatkan daripada kisah yang sangat indah yang diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn Bi al-Dunya dalam kitab al-Ridha 'Anillah, daripada seorang ulama tabiin di Kufah bernama Masruq b Ajda, seperti berikut:
Di sebuah desa pendalaman, terdapat sebuah keluarga yang hanya memiliki seekor ayam, seekor keldai dan seekor anjing, ketiga-tiga haiwan ini amat mereka sayangi; ayam untuk membangunkan solat, keldai untuk mengambil air dan anjing untuk menjaga rumah.
Suatu hari, ayam milik keluarga itu telah menjadi mangsa kepada musang. Seisi keluarga menjadi sangat sedih. Namun si ayah berkata: "Tidak mengapa. Insya-Allah ini mungkin ada kebaikan untuk kita sekeluarga." Beberapa hari kemudian, seekor serigala pula membunuh keldai mereka. Seluruh ahli keluarga kembali bersedih, namun si ayah tetap berkata: "Tidak mengapa. Insya-Allah ini mungkin ada kebaikan untuk kita sekeluarga." Selang beberapa waktu berlalu, anjung mereka pula mati secara tiba-tiba. Seluruh ahli keluarga kembali lagi bersedih. Si ayah kembali berkata perkara yang sama: "Tidak mengapa, insya-Allah baik untuk kita."
Masruq berkata: "Pada suatu pagi, sebaik terbangun daripada tidur mereka dapati seluruh penduduk desa telah ditawan dan dibawa pergi oleh sekumpulan perompak pada malam tersebut. Hanya ahli keluarga ini sahaja yang selamat, sebab perompak-perompak itu hanya mendatangi rumah-rumah yang terdengar bunyi suara haiwan di dalamnya sahaja."
ANDAI....
Selalunya sikap panik akan timbul kala seseorang menghadapi ketentuan Allah yang tidak selari dengan keinginannya. Sebenarnya itu menunjukkan sikap tidak sopan kepada Tuhannya yang Maha Pengasih. Abu Nuaim al-Isfahani dalam Hilyah al-Awliya meriwayatkan daripada Imam Hamdun b Ahmad: "Panik dalam menghadapi musibah hanya dilakukan oleh orang yang menyimpan buruk sangka kepada Tuhan."
Dalam hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Jika engkau ditimpa sesuatu, janganlah engkau berkata: "Andai aku berbuat begini, nescaya tidak akan terjadi seperti ini." Akan tetapi ucapkanlah: "Semua ini telah Allah tentukan, Allah berkuasa melakukan mengikut kehendaknya" Sesungguhnya kalimat "andai" hanya akan membuka pintu saytan."
Jika seseorang mula mengucap kalimat "andai" apabila ditimpa musibah, maka ia akan menyalahkan dirinya sendiri, atau menyalahkan orang lain. Syaitan pula menambah: "Andai bukan kerana isterimu, nescaya kamu tidak begini; "Andai bukan kerana dia, nescaya.." Begitulah seterusnya, sehingga hancurlah rumah tangga, hubungan baik dengan saudara-mara atau sahabat dan teman, dan musibah baru pula yang timbul.
Namun, apabila ia berkagta dengan penuh keyakinan, "Ini ketentuan Allah, dan ketentuan Allah selalu yang terbaik untuk diriku," seolah-olah ia telah menutup pintu daripada semua tipu daya syaitan. Fikirannya akan terfokus kepada satu arah sahaja, iaitu mencari jalan keluar daripada musibah tersebut. Jadi, ia akan menyelesaikan masalah tersebut tanpa menambah masalah yang baru.
Sabar dalam menghadapi musibah ini tidak mudah diraih oleh setiap orang. Ujian dan dugaan diperlukan sebelum seseorang itu dapat memperoleh sifat terpuji ini. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya meriwayatkan ucapan Sahl b Abdillah al-Tustari, "Apabila seseorang sudah terbiasa bersabar dalam melaksanakan ketaatan dan sudah terbiasa bersabar dalam meninggalkan kemaksiatan, maka pada saat itu Allah akan memberinya kekuatan agar mampu bersabar dalam menerima ketentuan-nya.

Post a Comment