0
Cinta Itu Bukan TUHAN!!
Posted by firdaus
on
10:14:00 AM
Begitulah realitinya kini. cinta dimartabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung... Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Apabila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, "Apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!"
Inilah bahana menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem "yang sewaktu dengannya". Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah berjaya menawan "akal bawah sedar" sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan "retua" hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.
Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!.
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? tentu sahaja jawapannya ialah Allah. Allah mencipta manusia hati, akan dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada poersoalan asas, iaitu untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui frmannya yang bermaksud: "Tidak Aku jadiakn jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri (beribadah) kepada ku" (Surah al-Dhariyat 56).
Dan Allah menegaskan lagi dalam surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:"Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah".
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi: "Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan untuk memikul amanat itu kerana mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh".(al-Ahzab:72).
Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa di mana-mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu ain yang diwajibkan secara personal oleh Allah ke atas dirinya.
Sebagai khalifah pula, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah swt. Ini adalah tanggungjawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersam-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakan amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.
Allah swt maha mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru awal-awal lagi manusia wujud secara "co-existance" (wujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia yang lain ialah hubungan suami isteri yang membentuk sebuah keluarga.
NUKLEUS PERTAMA
Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada nukleus keluarga terbentuklah masyarakat, daripada nukleus masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada satu hubungan; seorang suami dengan seorang isteri.
Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa.
Semua itu untuk apa? Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan Khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersam-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.
Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta.
Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman, di dalam jiwa Nabi Adam as walhal Adam tinggal di syurga - tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan. Namun, tanpa seorang "teman", Adam terasa kesepian jua. Allah jualah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbenruk hubungan suami isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.
Rasa cinta mereka berdua di dalam syurga tidak lama apabila terpisah dan tercampak ke dunia. kemudian setelah sekian lama cinta mereka terpisah sebagai kafarah satu kesalahan, akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dari situ bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka untuk menjalankan peranan dan tenaga mereka untuk menjalankan peranan sebagai hamaba Allah dan khalifah di muka bumi.
CINTA BUKAN MATLAMAT
Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan kita diciptakan.
Cinta itu mengikat hati antara lelaki dan perempuan untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah itu berkahwin, ia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka separuh yang lainnya hendaklah ia bertakwa kepada Allah". (Riwayat al-Baihaqi dalam Shu'd al-Imran daripada Anas).
Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
Mugkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mugkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mugkin kerana itulah juga seorang anak sanggup meninggalkan ibu bapanya demi memburu cinta.
Bertuhankan cinta samalah seperti bertuhankan hawa nafsu. Apabila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh al-Farabi dengan katanya:"Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!"
Ironinya, ada yang berkata, "Lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta."
Eksplotasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagian kepada sesiapa sama ada lelaki mahupun wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas kerana kehendak nafsu tidak terbatas. Melayani nafsu, umpama minum air laut.. semakin diminum, semakin haus. Manakala wanita yang memberi seks- Kononnya untuk mendapat cinta- tidak akan mendapat cinta sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibunag. Wanita-wanita bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilng maruah, kehormatan dan harga diri.
Letekkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Wujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegak kalimah Allah.
WAALLAHUA'LAM.

Post a Comment