0

SIFIR KETAATAN DALAM RUMAH TANGGA

Posted by firdaus on 9:43:00 AM

TUJUAN ASAS PERKAHWINAN IALAH:
a. Menjaga kesucian jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah.
b. Membentuk keturunan Muslim.
c. Memperbanyakkan jumlah umat kerana Rasulullah saw berbangga dengan umat
yang ramai pada hari akhirat.
d. Melanjutkan keturunan.

Inilah soal prinsip atau dasar yang tidak boleh digolok-gadai. Justeru pernikahan dibuat dengan kehadiran wali, mas kahwin, saksi dan segala syarat-syaratnya – semua ini dibuat dilaksanakan atas nama Allah. Apatah lagi mendirikan rumah tangga disamankan dengan “membina masjid”.

Kenapa perkahwinan dikaitkan dengan masjid (rumah Allah)? Tentulah kerana niat dan matlamat perkahwinan mestilah kerana Allah – mematuhi perintahnya dan dinilai sebagai beribadah. Selain itu membina keluarga sama seperti membina masjid, yang perlukan asas taqwa yang kukuh. Dan begitulah jua yang asas bagi perkahwinan ialah iman dan ilmu yang juga menjurus kepada taqwa.

Ayuh sekarang mari kita muhasabah semula soal-soal asas dan teras ini… apakah masih kukuh atau telah runtuh? Apakah masih gagal atau telah goyah? Soal ini sangat penting kerana inilah “pangkal jalan” sesuatu perkahwinan. Jika sesat di hujung jalan, balik semula ke pangkal jalan. Jika berlaku sebarang krisis, terutamanya yang kronik pada awal, pertengahan atau hujung perkahwinan, maka ingat dan kembalilah semula ke pangkal jalan – teliti semula pada niat dan matlamat asal perkahwinan.

Tegasnya, apabila timbul huru-hara di tengah jalan, kembali kepada Allah, “back to basic”. Dalam erti kata yang lain suami, isteri dan anak-anak yang bermasalah perlu bertanya kepada diri masing-masing, di mana kita “letakkan” Allah dalam rumah tangga kita? Apakah hati kita (suami, isteri dan anak-anak) sering mengingatinya? Apakah hati sering berhubung dengan nya? Apakah hati kita masih bersangka baik, rindu, harap dan takut kepada nya?.
Insyallah, jika ingat Allah hati yang lesu ketika dilanda masalah akan segar dan bertenaga semula. Sesungguhnya dia dekat… Bukankah ini yang diajarkan oleh Rasulullah saw ketika anaknya Siti Fatimah mengadu letih mengurus rumah tangga? Kembali kepada Allah, ucapkan Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahhuakbar. Letih lesu dalam diri Siti Fatimah pun terusir apabila dia kembali kepada Allah dalam menguruskan rumah tangganya.

Kedua, setelah soal asas dan teras sudah selesai, perlu lihat apakah yang telah kita bangunkan di atas asas itu? Apakah peraturan yang kita gunakan dalam menyusun atur rumah tangga kita? Ya, memang asasnya iman tetapi iman itu ada susulannya justeru setiap keyakinan akan menuntut ketaatan.

Oelh sebab itu, kepada suami isteri yang beriman, maka peraturan Tuhan akan ditaati dan dilaksanakan dalam rumah tangganya. Islam bukanlah agama “ritual” yang berguna pada waktu kelahiran, perkahwinan dan kematian sahaja tetapi ia adalah satu cara hidup yang sempurna. Syariat Islam perlu digunakan untuk menagatur perjalanan rumah tangga mereka.

Yang Halal, haram, sunat, makruh mesti menjadi “term of reference” dalam setiap urusan rumah tangga. Lima hukum ini mesti dirujuk ketika memimpin, mengurus, mentadbir, melaksanakan apa jua aktiviti dalam rumah tangga sama ada yang melibatkan soal pendidikan anak-anak, kewangan rumah, hiburan, hiasan dalaman, kenderaan dan lain-lain lagi. Sekiranya berlaku pertembungan fikiran atau tindakan antara anggota dalam sesebuah rumah tangga maka “refer to the book”. Nescaya di sana kita akan temui jawapannya.

Katalah pandangan si isteri yang lebih dekat dengan syariat, maka suami mesti menerima pandangan itu. Ini bukan bermakna suami telah di “queen control” akan tetapi hakikatnya suami pada waktu itu patuh kepada hokum Allah (bukan tunduk kepada isteri). Begitu juga kalau keputusan suami yang lebih menepati syariat, maka isteri wajib patuh.
Bagitulah juga halnya dengan anak-anak – syariat mesti menjadi satu disiplin yang diterima dan dilaksanakan oleh seluruh anggota keluarga. Inilah “tali Allah” yang mengikat hati, minda, perasaan dan tindakan seluruh anggota keluarga agar seia sekata pada setiap tempat, keadaan dan masa. Sesiapa yang melanggar tali Allah ini, maka dialah yang memecah perpaduan dalam rumah tangga itu!

Apabila asas iman dan peraturan Islam (syariat) sudah dibina maka dengan sendiri nya akan tertegaklah soal yang ketiga – ahklah yang mulia. Bunga-bunga ahklak akan berputik pada pohon syariat yang tumbuh subur atas tanah yang dibajai iman. Suami,m isteri dan anak-anak akan sama-sama menghiasi diri dengan sifat mahmudah seperti kasih sayang, toleransi, pemaaf, pemurah, berani, jujur dan lain-lain.

Masing-masing membina wibawa selaras dengan peranan dan tanggungjawab mereka. Suami jadi “leader” yang ditaati kerana keberkesanan (efektif) kepimpinannya. Dia akan sentiasa memastikan setiap anggota keluarganya membuat “perkara yang betul”. Agar dengan itu rumah tangganya akan sentiasa terarah misinya dan matlamat yang tepat.

Isteri pula akan jadi “manager” yang dihormati kerana kecekapan (efisien) pengurusannya. Dia sentiasa memastikan setiap anggota keluarga “melakukan kerja yang betul dengan betul-betul”. Agar rumah tangga diurus dengan lancer mengikut arah tuju suami. Manakala anak-anak pula akan menjadi “implementer” yang patuh, komited dan gigih melaksanakan perkara yang betul dengan betul-betul seperti yang dipimpin oleh bapa dan diurus oleh ibu mereka.

Inilah kerangka mudah bagaimana urusan kea rah menwujudkan perpaduan dalam rumah tangga yang melibatkan tiga individu – suami, isteri dan anak boleh dilaksanakan. Kerangka mudah, mudah difahami namun perlu iltizam yang tinggi untuk dilaksanakan. Apabila melibatkan soal iman, syariat dan akhlak ertinya kita melibatkan soal ketelusan hati dan keyakinan kepada sesuatu yang maknawi dan ghaib sifatnya. Ia ada kaitannya dengan keyakinan kepada Allah, alam akhirat, surga dan neraka.
Inilah rahsianya apabila Allah memulakan komunikasinya dengan lafaz “wahai orang yang beriman” apabila mula membicarakan soal perpaduan dan persaudaraan. Iman dan perpaduan lazim berlaziman. Inilan inti patidaripada firman Allah dalam surah al-Hujarat ayat 10 yang bermaksud : sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara” tegasnya, lemah iman, lemahlah perpaduan, kuat iman, kuatlah perpaduan.

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.