0
Apakah itu SYAITAN?
Posted by firdaus
on
2:34:00 PM
in
Solusi.isu19
Dalam al-Quran, Allah swt banyak menyebut kalimah syaitan. Adakah syaitan itu iblis sahaja? Firman Allah swt yang bermaksud: setelah itu maka syaitan mengelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) dari syurga itu.(Baqarah:36).
Sedangkan pada ayat sebelumnya Allah swt menyebutnya sebagai iblis sebagaimana firmannya yang bermaksud: Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah beri penghormatan kepada Nabi Adam, lalu mereka sekaliannya tunduk memeberi hormat melainkan iblis, ia enggan dan takbur. (Baqarah:34).
Ibn Jarir al-Tabari berkata: Sebenarnya kalimat syaitan lazim digunakan oleh orang Arab dalam percakapan yang merujuk kepada setiap pembangkang daripada golongan jin, manusia, haiwan dan segala sesuatu.
Dalam hal berkaitan dengannya, Allah swt berfirman dalam surah al-An'am dalam ayat 112 yang bermaksud, "Dan demekianlah kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan (daripada jenis) manusia dan (daripada jenis) jin.
Allah swt menjadikan syaitan daripada jenis manusia sebagaimana dijadikan daripada jenis jin. Imam al-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya daripada Aslam al-Adawi r.a bahawa Umar ra pernah menunggang haiwan tunggangan kemudian haiwan itu berjalan laju, lalu Umar memukulnya tetapi ia tetap tidak memperlahankan kelajuannya melainkan menambahkannya lagi hingga Umar terjatuh sambil memberitahu seperti berikut:
"Anda tidak menaikkan aku melainkan di atas syaitan, aku tidak turun daripadanya hingga aku jatuh".
Sifat membangkang ini disebut sebagai syaitan kerana perilaku dan tindakkannya yang berbeza dengan yang lain, serta jauh daripada kebaikan.
IBLIS MEMBANGKANG
Ketika mencipta Adam as, Allah swt memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadanya kerana mereka sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:"Tidak menderhakai Allah terhadap apa yang disuruhnya kepada mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang disuruh"
Namun, dalam waktu yang sama, ada makhluk lain yang beribadat bersama mereka yang bukan daripada jenis mereka. Hal ini kerana malaikat diciptakan daripada cahaya sedangkan makhluk ini diciptakan daripada api.
Makhluk ini tidak mahu sujud kepada Adam dengan alasan asal ciptaannya lebih baik daripada ciptaan Adam, tanpa mahu melihat siapa sebenarnya yang memberi perintah sujud itu. Dia berkata: "Aku lebih baik daripadanya, engkau ciptakan aku daripada api, dan engkau ciptakannya daripada tanah".
Sungguh aneh. Dia mengaku bahawa pencipta adalah Allah swt dan mengakui bahawa yang menghidupkan dan yang mematikan juga adalah Allah swt malah dia pernah berkata:"Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan".
Namun, apakah bermanfaat pengetahuan tanpa amal perubatan? Tidak, sudah tentu tidak. Bahkan akan menjadi bencana bagi orang yang bersangkutan di samping akan menjadi saksi bagi dirinya pada hari kiamat.
Di sinilah bermulanya pengusiran pertama dan laknat Allah swt: Keluarlah kamu dari syurga, kerana sebenarnya kamu terkutuk dan sebenarnya kutukan itu tetap menimpa kamu sampai hari kiamat".
Dari sinilah awal permusuhan di antara dia dan Adam, lalu dia berfikir untuk membalas dendam.
Itulah iblis yang berperagai syaitan.
AMARAN ALLAH KEPADA MANUSIA
Allah swt memperingatkan kepada manusia tentang permusuhan syaitan sebagaimana firmannya dalam surah al-Araf ayat 27 yang bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu (Adam dan Hawa) dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutp).
Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman".
Justeru Rasulullah saw mengajar umtanya untuk sentiasa memohon perlindungan kepada Allah.

Post a Comment