0
Inilah Ibu Bapa yang DERHAKA!!
Posted by firdaus
on
8:16:00 AM
Anak-anak mugkin gagal mengikut cakap kita, tetapi mereka tidak mungkin gagal mengikut sikap kita. Justeru, cara terbaik mendidik anak-anak ialah melalui sikap bukan cakap. Ini kerana manusia lebih mempercayai matanya berbanding telinga. Sikap dapat dilihat, cakap cuma dapat didengar.
Mendidik anak-anak boleh dilihat sebagai amanah yang sangat mudah. Kita hanya perlu menjadikan diri yang baik. Kemudian kebaikan itu dilihat oleh anak lalu diteladani oleh mereka. Namun, mendidik juga boleh dilihat sebagai amanah yang amat berat. Ini kerana bukan mudah untuk memperolehi diri kita sendiri. Ia perlukan proses mujahadah melawan hawa nafsu yang panjang dan berterusan.
Ibu, bapa mana yang tidak inginkan anak yang baik, soleh dan solehah. Malangnya harapan itu tidak kesampaian kerana kita gagal mempamerkan teladan yang baik untuk anak-anak. Anak-anak sering mendapat petunjuk yang bertentangan anatara apa yang kita cakap dan apa yang kita buat. Kebanyakan kita masih mengajar, bukan menagajak anak-anak untuk emlakukan satu kebaikan.
Apa bezanya anatara mengajar dengan mengajak? Mengajar hanya melalui kata-kata. Kita suruh mereka solat misalnya, tetapi kita sendiri masih leka dengan aktiviti lain. Kita arahkan mereka belajar, sedangkan kita asyik menonton TV.
Cara terbaik ialah kita mengajak mereka. Jika menyuruh mereka solat, kita sama-sama solat. Apabila kita mengarahkan mereka membaca buku, kita juga sama-sama duduk dan membaca sesuatu. Mungkin ada ibu bapa yang menyoal, buku apa yang kita hendak baca? Bukankah musim persekolahan atau pengajian kita sudah berlalu? Alangkah salahnya jika kita berpandangan begitu. Umat Islam adalah umat yang sentiasa belajar. Apabila kita berhenti belajar ertinya kita berhenti memimpin. Tugas belajar ialah tugas sepanjang hayat daru buaian hingga ke liang lahad. Ibu bapa seharusnya menambah ilmu sama ada ilmu agama atau ilmu kemahiran untuk menangani cabaran proses mendidik anak-anak yang semakin rencam dan pelbagai.
Semua ibu bapa sayangkan anak-anak. Malangnya, dengan tidak mempamerkan sikap atau teladan yang baik kita hakikatnya mengahancurkan masa depan mereka. Bukan sahaja masa depan di dunia sahaja tetapi juga masa depan di akhirat. Dengan tidak menunjukkan teladan yang baik dalam soal beriman kepada Allah dan hari akhirat, mendirikan solat, mengamalkan akhlak yang baik dalam pergaulan dan lain-lain, anak-anak hakikatnya terbiar liar.
Ironinya, jika ada segelintir ibu bapa yang sanggup mendera anak-anak mereka dengan api daripada puntung rokok di dunia, namun lebih ramai ibu bapa yang bakal mendera anak-anak mereka dengan api neraka. Ibu bapa ini adalah ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik dalam mendidik anak-anak. Inilah ibu bapa yang derhaka!

Post a Comment