0

Tazkirah Ramadhan Bhg3: Ulangkaji PUASA???

Posted by firdaus on 7:29:00 AM


QADA PUASA RAMADHAN FIDYAH DAN KAFARAH

1.      MUSAFIR DAN ORANG SAKIT
Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan (disebabkan sakit ataupun musafir) dia wajib mengqadanya sebelum datang bulan Ramadhan tahun berikutnya. Sekiranya dia tidak mengqadakannya disebabkan bermudah-mudah (ambil ringan) dengan perkara ini sehingga masuk Ramadhan tahun berikutnya, dia berdosa dan diwajibkan qada dan fidyah. Fidyah ialah memberi makan kepada orang-orang fakir dengan satu cupak makanan asasi untuk setiap satu hari yang ditinggalkan. Perkara ini bertambah dengan bertambahnya tahun. Satu cupak sama dengan lebih kurang 600 gram.

Sekiranya keuzurannya berterusan seperti sakit yang berterusan sehingga masuk bulan Ramadhan tahun berikutnya. Dia tidak diwajibkan kecuali qada dan tidak perlu mengeluarkan fidyah kerana melewatkan qada ini.

Sekiranya dia meninggal dunia dan tidak sempat qada, maka dia sama ada mati sebelum mampu mengaqakannya ataupun mati selepas mampu mengqadakannya tetapi tidak mengqadakannya kerana lalai.

Sekiranya dia mati sebelum mampu mengaqadakannya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengaqada bagi pihaknya kerana dia tidak melalaikannya.

Barangsiapa yang mati selepas mampu mengaqadakannya, maka walinya disunatkan mengaqada hari-hari yang ditinggalnya bagi pihaknya.

Maksud wali di sini ialah kaum kerabatnya. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1851) dan Muslim (1147) daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Ertinya:
“Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqada, maka walinyalah yang berpuasa bagi pihaknya.”

Al-Bukhari (1852) dan Muslim (1148) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:
“Seorang lelaki telah datang menemui Nabi s.a.w katanya: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ibuku telah mati dan dia meninggalkan satu bulan puasa. Apakah aku perlu mengqadakannya bagi pihaknya?” Jawab Baginda: “ Ya, hutang Allah lebih berhak untuk dijelaskan.”

Puasa orang lain bagi pihaknya adalah sah apabila mendapat keizinan salah seorang kerabatnya. Sekirannya dia berpuasa tanpa mendapat keizinan dan wasiat daripada si mati, maka puasa ganti tersebut tidak sah.

Sekiranya tidak ada seorang pun berpuasa bagi pihaknya, maka hendaklah dikeluarkan satu cupak makanan bagi setiap hari yang ditinggalkan. Makanan tersebut wajib dikeluarkan daripada harta pusaka yang ditinggalkannya, sama seperti hutang. Sekiranya dia tidak memiliki harta, maka orang lain boleh mengeluarkan bagi pihaknya dan terlepaslah dosanya.

At-Tirmidzi (817) meriwayatkan daripada Umar r.a katanya:
“Barangsiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadhan yang belum diqadakannya, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya bagi pihaknya.”

Abu Daud (2401) telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:
“Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadhan, kemudian dia meninggal dunia dan dia tidak berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya.”

2.        ORANG YANG TERLALU TUA DAN PESAKIT YANG TIADA HARAPAN UNTUK SEMBUH
Apabila orang yang terlalu tua terpaksa berbuka, dia wajib bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan. Dia dan para walinya tidak diwajibkan kecuali perkara tersebut.

Al-Bukhari (4235) meriwayatkan daripada Atho’ katanya: Ibnu Abbas r.a mendengar ayat  al-Quran yang dibacakan:

4 n?tãur šúïÏ%©!$# ¼çmtRqà)ÏÜム×ptƒôÏù ãP$yèsÛ &ûüÅ3ó¡ÏB (
Ertinya:
Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin.” (al-Baqarah: 184)

Ibnu Abbas berkata: “Ayat ini tidak dimansuhkan. Ia ditujukan kepada orang lelaki dan wanita yang terlalu tua dan tidak mampu berpuasa. Mereka hendaklah memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan.”

Diantara perkara yang mesti diketahui ialah orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh hukumnya sama dengan hukum orang yang terlalu tua yang tidak mampu berpuasa. Dia dibenarkan untuk berbuka dan bersedekah pada setiap hari yang ditinggalkan dengan satu cupak makanan asasi.

3.        PEREMPUAN HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK
Apabila wanita hamil dan yang menyusukan anak berbuka, maka tindakannya itu sama ada kerana bimbingan dirinya ataupun bimbangkan anaknya.

Sekiranya dia berbuka kerana bimbangkan wujudnya mudarat terhadap dirinya apabila dia berpuasa, maka dia wajib qada sahaja sebelum datangnya bulan Ramadhan berikutnya.

At-Tirmizi (715), Abu Daud (2408) dan selain mereka meriwayatkan daripada Anas al-Ka’bi r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya:
Ertinya:
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengangkat puasa orang yang musafir (boleh berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqasarkan solat) dan diangkat puasa daripada orang yang hamil dan sedang menyusukan anak.”

Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran untuk menqasarkan solat. Maksud mengangkat puasa ialah membenarkan berbuka dan diminta supaya mengqadanya.

Apabila perempuan mengandung berbuka kerana bimbangkan anaknya seperti bimbang berlakunya keguguran sekiranya dia berpuasa, ataupun perempuan yang menyusukan anak bimbingakan kekurangan susu lalu anak itu mendapat mudarat sekiranya dia berpuasa: dalam keadaan ini dia wajib qada dan bersedekah satu cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkannya.

Masalah yang sama dengan masalah ini ialah orang yang terpaksa berbuka puasa untuk menyelamatkan orang lain yang sedang diancam kemusnahan. Dia wajib mengqada puasanya dan bersedekah dengan satu cupak makanan.

Abu Daud (2318) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a mengenai ayat:

4 n?tãur šúïÏ%©!$# ¼çmtRqà)ÏÜム×ptƒôÏù ãP$yèsÛ &ûüÅ3ó¡ÏB (
Ertinya:
“Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin.” (al-Baqarah: 184)

Beliau berkata: “Ayat ini merupakan rukhsah (keringanan) bagi lelaki dan wanita yang terlalu tua: kedua-duanya tidak mampu untuk berpuasa lalu mereka berbuka. Mereka hendaklah memberi makan kepada seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan. Ayat ini juga merupakan rukhsah bagi wanita hamil dan yang sedang menyusukan anak sekiranya mereka bimbang (terhadap anak mereka), mereka boleh berbuka dan hendaklah memberi makan fakir miskin”

4.        KAFARAH BERBUKA PADA BULAN RAMADHAN


a.    Penyebab Kafarah
Penyebab kafarah ialah merosakkan puasa pada siang hari di bulan Ramadhan dengan melakukan jimak dengan syarat pelakunya mengetahui dirinya berpuasa, mengetahui perkara itu haram dan tidak ada rukhsah disebabkan musafir.

Sesiapa melakukan perbuatan ini dalam keadaan dia lupa bahawa dia berpuasa ataupun jahil pengharamannya ataupun melakukannya pada puasa yang bukan puasa Ramadhan ataupun segala berbuka tanpa melakukan jimak ataupun bermusafir dengan perjalanan yang diharuskan dia berbuka kemudian dia berjimak, maka tidak ada kafarah ke atasnya dan dia hanya wajib menqadanya sahaja

b.    Siapa Yang Wajib Mengeluarkan Kafarah?
Kafarah hanya diwajibkan kepada suami yang menjimak dan tidak diwajibkan kepada isteri ataupun wanita yang dijimak walaupun kedua-duanya sama-sama berpuasa. Ini kerana jenayah orang yang menjimak lebih berat. Oleh itu dia dianggap orang yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan kafarah.

c.    Apakah Dia kafarah?
Kafarah yang wajib kerana merosakkan puasa ialah membebaskan seorang hamba yang beriman: lelaki atau wanita. Sekiranya dia tidak mendapatinya, ataupun tidak mampu melakukannya maka dia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya dia tidak mampu juga, maka dia hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin. Bagi setiap orang miskin satu cupak makanan asasi. Sekiranya dia tidak mampu untuk melakukan semua perkara ini, kafarah itu tetap kekal sebagai kewajipan ke atasnya sehingga dia mampu melakukannya salah satu daripadanya.

Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1834). Muslim (1111) dan selain mereka daripada Abu Hurairah r.a katanya:
“Sewaktu kami duduk di sisi Nabi s.a.w tiba-tiba datang seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah musnahlah aku.” Tanya Baginda: Kenapa kamu ni? ” Jawabnya: “Aku telah berjimak dengan isteriku sedang berpuasa” (dalam satu riwayat: pada bulan Ramadhan). Tanya Nabi s.aw.: "Apakah kamu memiliki hamba untuk dibebaskan?" Jawabnya: "Tidak." Tanya Baginda: "Apakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?" Jawabnya: "Tidak." Tanya Baginda lagi: "Apakah kamu memiliki makanan untuk 60 orang fakir miskin?" Jawabnya: “Tidak”. Katanya: Lalu Nabi s.a.w diam sebentar. Sewaktu kami duduk dalam keadaan itu datang seseorang membawakan kepada Nabi s.a.w suatu bekas yang penuh di dalamnya buah tamar. Tanya Baginda: “Di manakah orang yang bertanya tadi?” Jawabnya: “Saya”. Sabda Baginda: “Ambillah tamar ini dan bersedekahlah dengannya.” Kata lelaki ini: “Apakah untuk orang yang lebih fakir daripadaku wahai Rasulullah?” Demi Allah tidak ada orang yang duduk di antara dua gunung ini (Madinah) keluarganya yang lebih fakir daripada keluargaku”. Lalu Nabi s.a.w tersenyum sehingga Nampak gigi gerahamnya, sabda Baginda: “Berilah makan ahli keluargamu.”

Para ulama berkata: seseorang fakir yang mampu memberi makan, tidak boleh memberikan makanan itu kepada keluarganya. Begitu juga dengan kafarah yang lain. Apa yang disebutkan di dalam hadis ini hanya dikhususkan untuk lelaki itu sahaja.

Perlu diketahui bahawa orang yang berjima diwajibkan kafarah dan mengqadakan hari yang telah dibatalkannya itu dengan berjimak. Kafarah itu berulang dengan berulangnya hari yang dibatalkannya dengan berjimak. Sekiranya dia berjimak dua hari pada bulan Ramadhan maka wajib dua kafarah (selain qada), sekiranya dia berjimak tiga hari maka wajiblah tiga kafarah dan seterusnya.




|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.