0
e-BOOK, Pertame KU..
Posted by firdaus
on
2:05:00 PM
Sebagai fitrah, manusia akan sentiasa perlu dibersihkan,
daripada kecil lagi iaitu ketika dilahirkan oleh ibu kerana ketika
itu badan bayi tersebut dalam kekotoran akibat lumuran darah dan air
ketuban ibu.
Perintah mandi hadas merupakan satu penyucian batin
daripada perasaan dengki, menipu, sombong, prasangka buruk atau
perihal atau perbuatan yang menyebabkan dosa. Maka perintah untuk
mandi hadas adalah untuk menyucikan perkara tersebut, kerana hadas
itu sendiri tidak menghilangkan ibadah dan pengabdian diri pada Allah
secara keseluruhannya. Bukankah melaksanakan puasa dan zakat
diperbolehkan meskipun dalam keadaan berhadas? Begitu pula berhadas
tidak menghilangkan keimanan pada Allah Taala yang merupakan asas
utama kepada segala ibadah. Ini kerana hadas bukanlah perkara yang
maksiat dan bukannya penyebab dosa. Jadi dengan bersuci akan
menyebabkan sifat mazmumah yang ada pada diri kita akan terhapus.
Post a Comment