1

Rancangan Pendidikan Individu

Posted by firdaus on 7:49:00 AM
Kepentingan Rancangan Pendidikan Individu

Proses RPI memberi pelbagai kebaikan kepada:

1. Murid
Setiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi. Contoh-contoh adalah seperti berikut:
(a)      Peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar dan mesin Braille.
(b)      Bidang khas seperti orientasi dan mobiliti, kemahiran hidup dan bahasa isyarat.

2. Guru-guru
1. Memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang murid.
2. Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu daripada pihak yang berkenaan.
3. Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam khidmat bantu sokongan diperlukan.
4. Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan professional.

3. Ibu Bapa

  1. Memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka.
  2. Memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah.
  3. Menyediakan  forum untuk meminta pertolongan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.
  4. Memberi peluang untuk  berkongsi maklumat dengan golongan professional yang terlibat secara langsung dengan anak mereka.


4. Ahli Pasukan Pelbagai Disiplin yang berkaitan..

  1. Memperolehi maklumat yang sistematik melalui penilaian pelbagai disiplin untuk mengenal pasti keperluan individu murid.
  2. Mengenal pasti program latihan dan penilaian semula yang bersesuaian dengan keperluan murid.



|

1 Comments


TINNIC COFFIN & SIDE - TITIAN - Titanium-Arts
TINNIC COFFIN & titanium bikes SIDE. - TITIAN. t fal titanium ford edge titanium 2019 TINNIC COFFIN & SIDE. - TITIAN. mens titanium wedding rings All Natural. columbia titanium $28.00. Open until 7:00 pm.

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.