1

PENULISAN ILMIAH (MODUL BIMBINGAN SAUDARA BARU)

Posted by firdaus on 9:30:00 PM
MODUL BIMBINGAN SAUDARA BARU, JOHOR.

Saudara baru merupakan golongan yang baru berjinak-jinak dengan Islam dan memerlukan perhatian serta bimbingan sewajarnya sama ada daripada orang perseorangan mahu pun badan-badan tertentu. Apatah lagi, dalam arus perdana yang dipenuhi cabaran dan halangan tertentu serangan pemikiran dari musuh Islam sudah tentu akan menimbulkan permasalahan besar bukan sahaja terhadap golongan saudara baru bahkan juga bahangnya turut dirasai oleh umat Islam (Amran Kasimin 1985:50).

Sejajar dengan itu, suatu modul bimbingan amat diperlukan dalam usaha menolak kekeliruan yang timbul sekaligus memupuk, mengasuh dan memantapkan keimanan saudara baru. Sehubungan itu, dalam merealisasikan matlamat ini sudah tentu memerlukan badan bertanggungjawab untuk menaungi mereka sama ada dari sudut keagamaan, bimbingan mahupun kaunseling dan kebajikan (H.M Arifin 1991:41).


|

1 Comments


Assalamualaikum. boleh saya dapatkan modul saudara baru?

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.