1
PENULISAN ILMIAH (MODUL BIMBINGAN SAUDARA BARU)
Posted by firdaus
on
9:30:00 PM
MODUL BIMBINGAN SAUDARA BARU, JOHOR.
Saudara baru merupakan golongan yang baru
berjinak-jinak dengan Islam dan memerlukan perhatian serta bimbingan sewajarnya
sama ada daripada orang perseorangan mahu pun badan-badan tertentu. Apatah
lagi, dalam arus perdana yang dipenuhi cabaran dan halangan tertentu serangan
pemikiran dari musuh Islam sudah tentu akan menimbulkan permasalahan besar
bukan sahaja terhadap golongan saudara baru bahkan juga bahangnya turut dirasai
oleh umat Islam (Amran Kasimin 1985:50).
Sejajar dengan itu, suatu
modul bimbingan amat diperlukan dalam usaha menolak kekeliruan yang timbul
sekaligus memupuk, mengasuh dan memantapkan keimanan saudara baru. Sehubungan
itu, dalam merealisasikan matlamat ini sudah tentu memerlukan badan bertanggungjawab untuk menaungi
mereka sama ada dari sudut keagamaan, bimbingan mahupun kaunseling dan
kebajikan (H.M Arifin 1991:41).