0
SIFAT DAN CIRI-CIRI WAKTU
Posted by firdaus
on
9:19:00 AM
waktu mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang khusus kita ketahui dengan saksama, berdasarkan ciri-ciri tersebut kita akan dapat berinteraksi dengan masa antaranya ialah:
MASA BERLALU DENGAN CEPAT DAN PANTAS
Masa berlalu seperti awan terbang atau seperti angin berhembus, sama ada masa kesenangan dan kegembiraan, mahupun masa kemelut dan kesedihan. Meskipun masa kegembiraan terasa lebih cepat dan lebih pantas dan masa kedudukan terasa sangat lambat dan berat peredarannya, ia hanyalah menurut perasaan seseorang sahaja, sedang pada hakikatnya bukan demikian.
Seorang penyair bermadah:
telah berlalu beberapa tahun semasa aku bersamanya dengan penuh kesenangan dan kegembiraan.
seakan-akan kerana ia terasa singkat hanya bagaikan bilangan hari sahaja.
kemudian daripada itu, sesudahnya berlalu pula hari-hari perpisahan, seolah-olah kerana ia terasa lama bagaikan bertahun-tahun.
setelah itu, berakhir pula tahun-tahun tersebut bersama orang hidup pada saat itu, seakan-akan tahun-tahun tersebut dan mereka semua bagaikan mimpi berlalu.
Betapapun panjangnya usia seseorang di dunia ini, sebenarnya adalah singkat dan pendek, selagi "kematian" merupakan perhentian semua makhluk yang hidup. Seorang penyair pernah berkata:
Apabila penyudahan usia itu adalah kematian.
Maka umur yang pendek dan yang panjang adalah sama.
Di saat datangnya ajal seseorang, tahun-tahun dan dekad yang dilaluinya terasa bagaikan mengecut dengan pantasnya, sehingga ia bagaikan beberapa saat yang berlalu laksana sambaran kilat.
Dihikayatkan bahawa Nabi Nuh, Syeikh Al-Mursalin didatangi oleh malaikat maut untuk mencabut nyawanya setelah baginda hidup lebih seribu tahun sebelum dan sesudah peristiwa taufan. Malaikat maut lalu bertanya Baginda "Wahai nabi paling panjang sekali umurnya, bagaimana anda dapati dunia ini? Jawab baginda dunia ini bagiku bagaikan sebuah rumah yang mempunyai dua pintu. Aku masuk dari satu pintu dan keluar dari pintu lain"
Kesahihan cerita ini tidak perlu menjadi permasalahan. Yang jelas ianya telah mengungkapkan hakikat yang tidak dipertikaikan yakni betapa usia akan terasa sangat singkat di saat perpisahan ruh dengan jasad. Demikian juga sewaktu hari kiamat telah tiba, akan terbayang bagi seseorang betapa pendek dan sedikitnya usia yang telah ditempuhnya semasa di dunia. Dalam hal ini Allah swt menegaskan:
Bermaksud: Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal di dunia melainkan sebentar sahaja di waktu petang atau pagi hari. (an-Naziat:46)
Bermaksud: Dan ingatlah akan hari yang diwaktu itu Allah mengumpulkan mereka, mereka merasa di hari itu seakan-akan mereka tidak pernah berdiam di dunia melaikan hanya sesaat sahaja di siang hari, mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk. (Yunus:45).

Post a Comment