0

Kecil-kecil Biar Tahu Tujuan Hidup

Posted by firdaus on 10:47:00 AM in


Apakah kita memiliki anak-anak yang mempunyai daya fikir tinggi seperti mereka? Mari renungi beberapa anekdot yang dipaparkan sejarah Islam.

Satu ketika Amirul Mukmin Saydina Umar melalui sebuah jalan di Kota Madinah. Beliau bertembung dengan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain. Apabila melihat Syaidina Umar menghampiri, mereka pun lari kerana gentar dengan Umar. Namun seorang kanak-kanak masih tercegat tidak meninggalkan tempat itu, malah berdiri selamba. Kanak-kanak itu ialah Abdullah b Zubair.

Mengapa engkau tidak ikut lari seperti mereka? Tanya Umar.

Mengapa mesti lari, sedangkan saya tidak bersalah. Dan jalan ini tidak sempit, tidak perlu saya lapangkan untuk laluan tuan, jawap Abdullah. Jawapannya jelas menampakkan Abdullah seorang kanak-kanak yang berani dan bijak.

Renungi pula kisah anak lelaki Khalifah Umar b Abd Aziz ra. Ketika itu adalah pagi hari raya, namun anak Umar mengenakan pakaian lama, tidak seperti kanak-kanak lain yang memakai pakaian baru. Si ayah berlinang air mata.

Mengapa ayah menangis? Tanyanya. Anakku, ayah khuatir jika hatimu hancur luluh ketika kanak-kanak lain melihatmu memakai pakaian lama ini.

Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya tidak akan hancur kecuali hati orang yang tidak mendapatkan keredhaan Allah dengan keredhaanmu, jawab si anak.

Tahu Tujuan Hidup

Apabila anak-anak sudah pandai berkomunikasi, kita perlu menyuntik kesedaran bahawa hidup ini ada tujuannya. Allah swt tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia, sekalipun ciptaannya ialah pasir-pasir halus yang dipijak orang. Apatah lagi pada diri manusia, sudah pasti ada tujuan Allah hidupkan kita. Sedangkan setiap barangan ciptaan manusia itu pun ada tujuan dan maksud diciptakan. Misalnya pansel dicipta untuk menulis. Begitu juga kereta dicipta untuk kemudahan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Jadi, apakah tujuan Allah swt mencipta kita? Firmannya yang bermaksud: tidak aku ciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepada ku (Surah al-Zhariyat 51:56)

Fahamkan anak-anak bahawa manusia diciptakan untuk dua tugasan yang sangat besar. Bukan untuk asyik bermain, membuang masa, membuat sesuka hati dan sebagainya. Kehidupan bukan hanya makan, bermain dan tidur sahaja.

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.