0

Proposal KUALITATIF

Posted by firdaus on 9:16:00 PM

Latar Belakang Masalah

Salah satu cabaran guru pada masa kini ialah untuk meningkatkan jumlah dan memperluas bidang pembacaan pelajar-pelajar.  Walau apa pun kemajuan teknologi yang berlaku namun sebahagian besar daripada pelajaran di sekolah akan tetap bergantung kepada kecekapan dan kepandaian untuk membaca kerana membaca adalah alat yang utama untuk mendapatkan maklumat dalam masa persekolahan. Oleh kerana membaca merupakan asas kemajuan pembelajaran dalam semua mata pelajaran, maka kepantasan dan kefasihan membaca adalah penting. Membaca adalah berfikir. Tidak ada manusia yang hidup tanpa berfikir, apapun bentuk dan tingkatan pemikiran yang dilakukannya, kerana sebagai makhluk sosial ia selalu menghadapi masalah yang perlu dipecahkan (H.Pawit M. Yusup, 2007).


|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.