0

DOA

Posted by firdaus on 10:12:00 PM
Tuhanku, iradat itu hak-mu, doa itu
Kepunyaanku, aku meminta aku meminta
Tak KauKurniakan tak mengapa
Jika tak kauberi semakin kenal aku diri-mu
Jika Kauberi kesejahteraan kupulangkan pada-mu

Sejauh ini sudah kukenal kebesaran-mu
Sedekat ini sudah kurasai kewujudan-mu

Tuhanku pun,
Jika tak kauberi
Seperti biri-biri mencari ibu
Aku tersesat langkah di lereng-lereng
Gunung Anadolu
Seperti salji keras batu dan membeku
Tak punya batini
Andai kauberi
Aku jadi salji mencair
Menyegar basah permukaan bumi
Ranting-ranting anggur tumbuh lagi
Burung-burung berkicau di awal musim semi
Daun-daun menghijau kembali
Matahari dating lagi
Amat kukasih amat kucinta
Maka aku meminta.

Iradat adalah hak-mu
Tak aku ingkari
Meminta adalah hakku
Kerana dengan merayu
Kau jadi kekasihku
Aku jadi perindu
Aku meminta aku meminta
Tak kaukurniakan tak mengapa
Jika tak kauberi
Semakin kenal aku diri-mu
Jika kauberi kesejahteraan
Kupulangkan pada-mu.       

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.