0

Pembangunan Baitul Atiq


Dalam Surah Al-Hajj, ayat 26-27, diterangkan mengenai kewujudan Baitul Atiq. Allah s.w.t berfirman: "Ketika Kami memberkan tempat kepada Ibrahim di Baitul Atiq, Kami berkata: "Janganlah kamu menyekutukan apa pun dengan aku dan sucikan rumah ku ini bagi orang-orang tang tawaf, orang-orang yang beribadat, orang-orang yang tukuk dan sujud. Berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji.Pasti mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki atau mengenderai unta kurus. Mereka datang dari segala penjuru.

Di dalam Surah Ali Imran, ayat 96-97, diterangkan mengenai pembangunan Baitullah di Makkah: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk menjadi tempat beribadat manusia adalah Baitullah yang ada di Bakkah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Di sana terdapat tanda-tanda nyata antara lain Maqam Ibrahim. Barangsiapa memasukinya maka terjamin keamanannya. Mengerjakan haji menjadi kewajipan bagi manusia terhadap Allah. Iaitu bagi orang yang saggup melakukan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkarinya, sesungguhnya Allah maha kaya dari semesta alam.

Dalam beberapa ayat tersebut, Allah menerangkan tentang seorang hamba, Rasul dan kekasihnya, imam agama yang lurus dan bapa kepada para Nabi. Beliau adalah Ibrahim. Beliau mendapat tugas membangunkan Baitul Atiq, sebuah masjid yang menjadi tempat beribadah umat manusia. Di sana mereka menyembah Allah. Di tempat itu juga yang ditunjukkan oleh Allah swt sebagai tempatnya.

Imam Ali b Abu Talib dan para sahabat lain berkata bahawa Ibrahim as mendapat petunjuk membangunkan tempat itu dari Allah melalui wahyu. Di bahagian awal, telah kami sentuh sedikit mengenai sifat penciptaan langit. Bahawa kewujudan Kaabah tepat pada satu garis lurus dengan Baitul Makmur di langit. Jika tempat yang menjadi pusat tawaf para malaikat itu runtuh, tentu akan menimpa kaabah. Begitu juga dengan tempat-tempat ibadah para malaikat yang ada di kawasan langit. Sebagaimana yang dikatakan oleh ulama salaf, bahawa di setiap langit, terdapat sebuah Bait (rumah tempat ibadah) yang digunakan untuk beribadah kepada Allah swt oleh penduduk langit. Kedudukannya sama seperti Kaabah yang ada di muka bumi.

Allah swt memerintahkan Ibrahim as membangunkan sebuah rumah (Baitul Atiq) bagi para penduduk bumi sebagaimana yang dimiliki para malaikat di kawasan langit. Allah swt menunjukkan tapak kawasan berdirinya rumah itu yang berada pada satu garis lurus di bawah Baitul Makmur. Perkara itu sebenarnya sudah ada sejak penciptaan langit dan bumi. Dalam Sahih Bukhari dan Muslim di terangkan: Sesungguhnya negeri ini adalah negeri yang dimuliakan Allah sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Maka negeri yang bertaraf mulia itu adalah lantaran dimuliakan oleh Allah hingga kiamat.

Tidak ada keterangan hadis sahih dari Nabi saw yang mengatakan bahawa Baitullah itu dibangunkan sebelum Nabi Ibrahim as. Sesiapa sahaja yang berpegang pada firman Allah dalam Surah Al-Hajj, ayat 26 itu, maka bagi mereka bangunan itu belum ada sebelum Nabi Ibrahim. Kerana tempat yang dimaksudkan itu telah ditetapkan berdasarkan kepada ilmu Allah, dipastikan berdasarkan kepada qudrahnya. Di mana letaknya itu diagungkan oleh para Nabi sejak masa Adam hingga masa Ibrahim as.

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.