0

Kelebihan Mukjizat misteri Rasulullah SAW



Rasulullah umpama permata dan baiduri, di atas cahaya memancarkan cahaya, disebalik kejujuran menyimpan kebenaran. Membuktikan betapa mulianya seorang insan kekasih Allah SWT.

Rahsia kemuliaan dan keagungannya kerana memiliki keluhuran budi serta ketinggian pengabdiannya terhadap Allah. Tanggungjawab menyampaikan risalah Islam tidak dikembangkan dengan mata pedang dan peperangan melainkan dengan hikmah dan kelembutan. Dalam meneruskan liku-liku perjuangan, baginda dibekalkan dengan mukjizat, sebagai bukti bahawa baginda benar-benar seorang utusan Allah SWT. Rasulullah juga berdakwah dengan menggunakan surat-surat yang dikirimkan kepada raja-raja dan penguasa suatu negeri, sehingga mereka tidak merasakan bahawa Islam dikembangkan dengan paksaan dan kekerasan.

Reaksi sebahagian umat dengan pendekatan yang digunakan Rasulullah ini ramai yang memperoleh nur hidayah atau cahaya petunjuk. Ada pula yang bertambah kesesatannya lantaran hati terkunci mati.

|

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 FIRSHAMIRAH All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.